Header Ads

Pakatan Harapan golekkan Pemerintahan 60 tahun Barisan Nasional !


Bagaikan mimpi ! Itu yang mampu KS katakan apabila Pakatan Harapan yang diketuai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad berjaya menamatkan 60 Tahun Pemerintahan bekas kerajaan Barisan Nasional.

Sejak awal pengiraan undi lagi menunjukkan dominasi Pakatan Harapan pada Piliharan Raya Umum kali ke-14 ini.

Apabila negeri-negeri yang menjadi kubu kuat Barisan Nasional tumbang satu demi satu kepada Pakatan Harapan.


Berikut antara keputusan :

NEGERI SEMBILAN: PH  berjaya menguasai 20 kerusi daripada 36 kerusi negeri adat pepatih itu dan ini menunjukkan bekas Menteri Besar negeri ini Tok Mat terpaksa dikorbankan untuk diberi laluan kepada MB baru mentadbir.

Di Negeri ini juga kita dapat lihat kejatuhan bekas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin tewas.

MELAKA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan Pakatan Harapan di Melaka mendapat majoriti mudah, 15 kerusi, untuk membentuk kerajaan negeri.

PERAK: Kemenangan tipis dicatat oleh PH yang mendapat 29 daripada 59 kerusi. BN memperolehi 27 kerusi dan PAS meraih tiga kerusi.

JOHOR: Di johor pula Pakatan Harapan mendapat 29 kerusi kerusi, sementara BN meraih 16 kerusi dan PAS hanya mendapat satu kerusi daripada 56 kerusi.

Dan negeri-negeri lain seperti Selangor, Pulau Pinang kekal menjadi milik mereka.

Untuk keputusan penuh KS akan kemaskini masa ke semasa.

Yang menarik didalam pilihanraya kali ini juga kita dapat melihat Presiden MIC dah tumbang di Segamat. Presiden MCA dah tumbang di Bentong.

Tahniah Pakatan Harapan, Tahniah Tun Mahathir. Semoga ada sinar baru untuk seluruh rakyat Malaysia. Semoga kebajikan rakyat terus dijaga !


Kaki Share

FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a