Header Ads

Pembebasan Anwar Ibrahim "DITUNDA" pada hari Rabu



14 MEI 2018: Umum mengetahui bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan keluar daripada penjara pada hari selasa 15 Mei 2018.

Ini berikutan beliau mendapat pengampunan daripada Yang Dipertuan Agong Sultan Muhammad V.

Anwar Ibrahim yang juga Ketua Umum PKR itu dijangkakan keluar pada hari esok 15 Mei terpaksa akur apabila pembebasannya ditunda pada hari rabu 16 MEI 2018.

Ini berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh pengarah komunikasi PKR Fahmi Fadzil.

Katanya tarikh tersebut adalah makluman terkini yang diterima daripada Jabatan Perdana Menteri.

Kenyataan ini dibuat dan disebarkan melalui aplikasi whatsapps pada jam 6 petang tadi.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di Sungai Buloh, Selangor selepas disabitkan kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Anwar menafikan kesalahan itu dan mendakwa beliau menjadi mangsa konspirasi politik.

-KakiShare

FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a