Header Ads

'Persiapan Raya Anak,Saya Sendiri Tidak Mahu Membazir' - Siti Nurhaliza


Kemeriahan Syawal tahun ini pastinya akan lebih bermakna buat penyanyi tersohor, Datuk Seri Nurhaliza apabila bakal menyambut Aidilfitri bersama cahaya mata sulungnya, Siti Aafiyah Khalid.

“Saya sendiri tidak sabar untuk bawa anak ke Lipis. Bagaimanapun seperti sebelum-sebelum ini setiap kali sambut lebaran,ers kami akan pulang ke Kedah dan Lipis. Cumanya masih belum pasti bila,” katanya.

Siti turut merakamkan ucapan terima kasih buat peminat dan pengusaha barangan kanak-kanak yang tidak putus-putus memberikan hadiah buat permata hatinya itu.

“Kalau ditanya mengenai persiapan raya anak, saya masih belum ada peluang untuk membeli apa yang patut buatnya. Apa pun, saya ucapkan terima kasih buat semua atas hadiah berupa baju raya dan kelengkapan lain buat Aafiyah.

“Sudah banyak bajunya. Saya sendiri tidak mahu membazir tetapi untuk baju raya yang ‘matching’ dengan saya tu, saya akan tempahlah,” ujar Siti yang bakal muncul menerusi single remake Comel Pipi Merah, Syurga Cinta duet bersama Khai Bahar.






Sumber : Media Hiburan.
FACEBOOK triherbs

No comments

Powered by Blogger.
a