Header Ads

PRU14 "BERTEMU AJAL" sebelum sempat bertemu kertas Undi

Gambar Sinar

Kemeriahan warna warni  PRU14 ditambah dengan berita sedih di Dungun, Terengganu apabila seorang pengundi belum sempat menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara menemui ajal terlebih dahulu.

Rokiah Sulong, 54 tiba-tiba rebah dan terus meninggal dunia ketika beratur menunggu giliran untuk membuang undi di SMK Pulau Serai dalam kejadian jam 8.20 Pagi tadi.

Menurut anak mangsa Nur Zita Md Nur, 36 berkata, maknya keluar rumah kira-kira pukul 8 pagi untuk membuang kertas undi.

Semasa keluar dari rumah maknya dalam keadaan biasa dan tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda tidak sihat atau sebagainya.

"Maknya kelihatan gembira untuk menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia yang berdemokrasi.

"Tambahnya maknya memang mempunyai penyakit darah tinggi dan dia sebelum keluar rumah memang sudah makan ubat"

Nur Zita, dia dan keluarga masih terkejut dengan kejadian itu tetapi menerima ketentuan dengan redha.

"Sewaktu di pusat pengundian dia dan maknya  beratur di saluran berbeza dan sebaik dimaklumkan oleh orang ramai dia terus ke sana.

"Ketika itu mak sudah pengsan dan Zita melihat dua hingga tiga kali dia menarik nafas panjang sebelum disahkan sudah tiada.

"Emak tidak sempat membuang undi tetapi saya tetap meneruskan tanggungjawab walaupun amat sedih dan terkejut," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah mengesahkan kejadian itu.

Jenazah mangsa kemudian dihantar ke rumah di Kampung Pelandang selepas keluarga mengesahkan mangsa menghidap penyakit darah tinggi serta masih menjalani rawatan.

- Sumber:- Sinar Harian
Kaki Share

FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a