Header Ads

Ranai Orang Tak Tahu? 7 Tempat Berbuka Puasa Yang Best Secara Berpiknik Di Malaysia.


Setiap tahun pada bulan Ramadhan, destinasi-destinasi ini pasti menjadi kunjungan orang ramai dan warga setempat untuk berbuka puasa sambil-sambil berkelah a.k.a berpiknik ramai-ramai. Sekali tengok dari jauh dan sekiranya pertama kali anda baru sampai di sini, ianya seolah-olah seperti ada satu pesta ataupun funfair. 7 tempat buka puasa yang memang best seperti di bawah ini memang sangat ideal untuk anda kunjungi untuk iftar bersama keluarga atau rakan-rakan secara santai-santai.

Jika anda perhati betul-betul, rata-rata tempat berbuka sebegini adalah sebuah padang atau merupakan dataran lepak yang lapang. Selain itu, setiap kali pada bulan puasa, mesti ada bazar-bazar Ramadhan yang best bersebelahan dengan tempat-tempat ini dan juga lokasi masjid-masjid juga berdekatan supaya senang untuk menunaikan solat Maghrib atau Terawih berjemaah sesudah berbuka.

1.Padang Majlis Perbandaran Kuantan.

Selain itu, yang paling menarik adalah terletaknya sebuah bazar Ramadhan yang agak besar dan mempunyai puluhan gerai-gerai yang menjual makanan serta juadah berbuka puasa yang sedap-sedap. Selain makanan, ada juga sesetengah bazar yang menjual perkakasan atau pakaian untuk beraya.

Sesudah cuci-cuci mata dan membeli makanan di bazar Ramadhan, bolehlah anda ke padang berumput yang sangat besar di sebelahnya untuk mencari port-port menarik untuk hamparkan tikar atau surat khabar lama. Kalau kena pada waktunya, jumlah pengunjung yang berbuka puasa di atas padang ini boleh mencecah sehingga ribuan orang untuk satu-satu masa.

Lokasi destinasi ini memang sangat strategik di tengah-tengah bandar Kuantan dan mudah diakses dengan kenderaan. Kawasan parking kereta juga banyak kalau tidak terlalu ramai. Lihat video menarik tentang suasana berbuka puasa di Padang MPK, Kuantan.

2. Shahbandar Kuala Terengganu.

buka puasa di kuala terengganu 2016
Dataran Shahbandar pula terletak di tengah-tengah bandar Kuala Terengganu yang memang sangat mendamaikan kalau berada di sini pada waktu petang. Maklumlah, lokasinya betul-betul berada di tepi sungai besar dan tidak jauh dari muara dan pantai. Memang boleh rasa sepoi-sepoi angin Laut Cina Selatan kalau berbuka puasa di sini.

Dataran Shah Bandar tidaklah sebesar kawasan berbuka puasa seperti di Padang Majlis Perbandaran Kuantan, namun masih boleh dikira sangat lapang dan sesuai untuk berbuka puasa secara berkelah. Dataran ini juga mempunyai pokok-pokok yang redup serta bangsal untuk berehat.

Setiap kali bulan puasa, terdapat juga Bazar Ramadhan di sini yang sangat popular di kalangan orang warga KT. Nak merasa aneka juadah makanan dan kuih tradisional Terengganu, bolehlah singgah-singah di bazar Ramadhan ini. Satu lagi port yang menarik untuk berbuka puasa yang tidak jauh dari sini ialah di Pantai Batu Burok. Memang best dan romantik berbuka puasa bersama isteri sambil melayan keindahan pantai di Terengganu.

3. Buka Puasa di Dataran Merdeka.

buka puasa di dataran merdeka kl
Bagi warga kota, mana lagi kalau bukan berbuka puasa secara piknik ramai-ramai kalau bukan di Dataran Merdeka dan juga di sepanjang Jalan Raja. Kawasan lepak yang sangat lapang di padang juga sangat mudah untuk pengunjung memilih port yang best untuk dihamparkan tikar.

Seperti tahun sebelumnya, banyak aktiviti menarik yang dianjurkan oleh pihak berkenaan sempena dengan sambutan bulan Ramadhan contohnya ketika Festival Ramadhan 2014 dan Festival Ramadhan 2015. Moga-moga tahun ini juga kemeriahan berbuka di Dataran Merdeka akan lebih baik dengan sambutan orang ramai.

4. Padang MBSA di Dataran Shah Alam.

buka puasa di dataran shah alam
Dekat dengan masjid, kawasan lapang dan mudah untuk mencari tempat membeli juadah. Memang satu destinasi yang lengkap untuk anda berbuka ramai-ramai secara terbuka di Dataran Shah Alam. Lagi best kalau singgah ke Bazar Ramadhan di Seksyen 7, Shah Alam dan terus ke sini untuk cari port menarik. Jangan lupa untuk siap-siap sediakan tikar ataupun surat khabar lama.

Setiap hari, mesti kawasan sekitar padang di Dataran Shah Alam ini akan dipenuhi dengan pengunjung yang berkeluarga ataupun pelajar-pelajar untuk berbuka puasa bersama-sama. Kalau nak datang ke sini, pastikan datang awal-awal kerana kawasan letak kereta agak terhad kalau dah ramai-ramai. Lihat video ini untuk lebih mengetahui apa yang best kalau berbuka puasa di sini.

5. Buka Puasa di Dataran Putrajaya.

Buka Puasa di Dataran Putrajaya
Berbuka puasa di hotel-hotel yang menyediakan program Buffet Ramadhan mungkin agak overbudget bagi sesetengah orang apatah lagi kalau bilangan keluarga dan anak-anak ramai. Namun, jangan risau, ada satu alternatif yang baik untuk anda berbuka puasa dengan suasana yang meriah dikelilingi dengan bangunan-bangunan yang struktur binaannya yang cantik.

Lokasi yang dimaksudkan adalah di Dataran Putrajaya yang berhadapan dengan Istana Kehakiman serta berdekatan dengan Masjid Tuanku Mizan Abidin dan juga Masjid Putra. Selain dekat dengan masjid-masjid untuk kemudahan kita solat, Dataran Putrajaya juga mempunyai banyak pilihan tempat untuk membeli makanan baik di restoran ataupun mungkin juga di Bazar Ramadhan Presint 2.

6. Dataran Balai Besar di Masjid Zahir, Alor Setar.

buka puasa Dataran Balai Besar alor setar kedah
Bagi yang berada di Bandar Alor Setar, Kedah anda boleh mencuba berbuka puasa di kawasan terbuka dengan pemandangan indah Masjid Zahir, Menara Alor Setar dan hiasan landskap sekeliling yang terletak di Dataran Balai Besar atau ada yang mengenalinya dengan Dataran Masjid Zahir.

Tarikan yang paling best di sini sudah tentulah binaan struktur bangunan Masjid Zahir itu sendiri yang dibina pada tahun 1912 dan menjadi mercu tanda serta ikon pelancongan bagi negeri Kedah.

Kawasan padang lapang dan terbuka ini memang sangat meriah setiap kali masuk waktu berbuka puasa di Bulan Ramadhan dengan kunjungan orang ramai baik yang sudah berkeluarga atau yang bujang-bujang. Di sekitar dataran ini juga terletak banyak pilihan tempat untuk membeli juadah berbuka samaada di restoran atau di pasar Ramadhan. Ada juga yang bawa bekal makanan yang dimasak di rumah dan dibawa bersama untuk family gathering bersama sanak-saudara.

7. Dataran Sibu Sarawak.

Dataran Sibu Sarawak buka puasa ramai ramai
Kalau di Sibu pula, salah satu tempat yang popular untuk berbuka puasa secara berjemaah di kawasan terbuka adalah di Dataran Sibu. Kalau anda berkesempatan untuk bermusafir ke sini, bolehlah singgah membeli makanan di Bazar Ramadhan di sini dan terus santai-santai bersama kawan-kawan atau keluarga di Dataran Sibu.

Kawasannya yang mempunyai padang berumput serta kemudahan asas lain untuk pengunjung menjadikan destinasi ini satu tempat wajib yang sering menjadi pilihan orang Sibu untuk santai-santai berkelah sambil berbuka. Jangan lepaskan peluang untuk datang ke sini mencari kelainan suasana dan juadah orang setempat kalau bercuti ke Sibu, Sarawak pada bulan Ramadhan.

Di mana jua anda berbuka puasa ramai-ramai secara berkelah atau berpiknik samada di pantai, di dataran atau di padang, pastikan tidak membuang sampah dan sisa makanan di merata-rata tempat. Tak pasal-pasal dapat dosa percuma. Anda tahu tempat buka puasa yang best di tempat lain selain di atas? Jangan lupa untuk komen dan kongsikan dengan kami serta pembaca. Selamat beramal dan Wassalam.

Sumber : internet
FACEBOOK triherbs

No comments

Powered by Blogger.
a