Header Ads

RM71 Juta Nilai Dadah Dirampas Dalam Kontena Pasar Raya Mini ? 3 Warga Myanmar Terlibat

Gambar Sekadar Hiasan


27 Mei: Minggu lepas Jabatan Kastam Diraja malaysia berjaya merampas 1.187 tan dadah jenis methamphethamine yang nilainya lebih daripada RM71 juta di sebuah pasar raya mini di Seri Kembangan, Selangor.

Menurut Jabatan Sisatan Jenayah Narkotik Bukit Aman ia merupakan satu rampasan terbesar setakat ini. 

JSJN bersama Jabatan Kastam turut menahan 5 lelaki dan seorang wanita. 

Tiga daripada suspek merupakan warga Myanmar. Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri T Subromaniam, berkata soal siasat ke atas suspek membawa kepada penahanan seorang wanita tempatan yang juga pengarah pasar raya itu berusia 31 tahun di Cheras, Selangor, pada hari yang sama.

"Keenam-enam suspek direman 10 hari bermula Rabu lalu sehingga Jumaat ini. Kami menzahirkan penghargaan atas kerjasama JSJN Bukit Aman dan ini adalah kejayaan terbesar," katanya pada sidang media di pejabat Cawangan Narkotik JKDM di Kampung Jijan Tengah di sini, hari ini.

Dalam operasi berkenaan, sebanyak 750 gram heroin bernilai RM120,000 dirampas.

Selain itu, JKDM turut merampas 1.24 juta batang pokok putih, satu tan tembakau, 1.5 tan tembakau kunyah dan 1.3 tan ubat-ubatan pelbagai jenis yang belum diluluskan kastam. Semua rampasan itu bernilai RM95,000 dan cukai mencecah RM1 juta.

FB: Triherb
Subromaniam berkata, pihaknya menyerbu premis berkenaan selepas risikan mendapati suspek menerima sebuah kontena yang dicurigai.

Katanya, pemeriksaan ke atas kontena itu membawa kepada penemuan 1,187 bungkusan berwarna kuning yang setiap satu seberat satu kilogram.

"Pemeriksaan lanjut mendapati bungkusan itu mengandungi methamphethamine yang keseluruhannya seberat 1.187 tan bernilai lebih RM71 juta," katanya.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati dadah itu yang diseludup dari Yangon, Myanmar, tiba di Pelabuhan Klang, Selangor.

Katanya, siasatan masih dijalankan kerana sindiket itu dipercayai ada hubungan dengan sindiket pengedaran dadah di Myanmar.

"Modus operandi sindiket itu adalah mendaftarkan bungkusan dadah sebagai bahan makanan dan ia untuk pasaran dalam negara," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 135 (1) (a) Akta Kastam 1967.

Sumber: bHarian

No comments

Powered by Blogger.
a