Header Ads

Sanggup Nak Potong Kepada Ibu Sendiri.. Ini Punca Lelaki Tersebut Berbuat Demikian !



28 Mei: Disebabkan berada dibawah alkohol, seorang anak sanggup mengugut ibu bapanya dengan parang di kediaman mereka.

Apa yang lebih malangnya apabila kejadian itu berlaku pada jam 6.30 petang dan ketika itu ibu bapa suspek sedang berbuka puasa.

Menurut satu laporan suspek dikatakan dalam keadaan mabuk dan mengamuk sambil membawa parang.

Suspek kemudian marah dan mengeluarkan kata ugutan kepada ibunya.

"potong kepala kau"

Selepas itu suspek kemudian mengamuk dengan bertindak merosakkan pintu rumah, kerusi, dan beberapa barang dapur dengan parang sebelum beredar.

FB: Triherb
“Bimbang dengan keselamatan mereka, mangsa kemudian membuat laporan polis,” katanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Senior Asisten Komisioner Jauteh Dikun berkata, bertindak atas laporan itu, sepasukan polis menahan suspek terbabit pada hari yang sama laporan itu diterima.

“Punca kejadian suspek bertindak sedemikian masih dalam siasatan, namun ketika kejadian suspek dipercayai di bawah pengaruh alkohol.

Suspek berusia 36 tahun dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sipitang untuk siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah,” katanya.

Sumber: Metro

No comments

Powered by Blogger.
a