Header Ads

'Saya Betul-Betul Simpati Dengan Syafiq' - Fattah Amin Beri Nasihat Pada Syafiq Kyle.


Isu video lucah yang melibatkan pelakon Syafiq Kyle dan seorang wanita yang dikenali sebagai Mira.Terbaru Syafiq telah menjelaskan di sidang media tentang statusnya mengenai video tersebut.

Walaubagaimanapun,Ia mendapat perhatian pada semua selebriti antaranya pelakon Fattah Amin yang juga rakan seangkatan Syafiq menerusi Hero Remaja suatu ketika dahulu.

Menurut Fattah,dia mengharapkan Syafiq kekal tabah dan meneruskan aktiviti seni seperti biasa.Malah,dia juga tidak mahu Syafiq  beranggapan sebagai saingan dan mengharapkan kes tersebut dapat diselesaikan dengan baik.


“Bagi saya benda ini, kontroversi yang kita tidak tahu betul atau tidak ini boleh jadi pada sesiapa termasuk saya. Sebagai selebriti, kita kena sentiasa bersedia dalam menghadapi benda ini. Kalau kena pada saya, pertama sekali, saya akan berbincang dengan pihak pengurusan mengenai keputusan terbaik, selepas itu barulah kita akan keluarkan kenyataan yang akan jelas dan benar.

"Saya betul-betul simpati dengan Syafiq. Malah isteri saya turut merasakan perasaan yang sama apatah lagi terjadi pada bulan ramadan.Kita pun tak tahu benda ini betul atau tidak. Kalau tak betul, dah jadi fitnah, kita yang menyebarkan lagi pula akan terjerumus dosa. Benda yang paling janganlah kita sesekali buka aib, lebih baik berdiri diam.Bagi saya itu rezeki masing -masing. Itu rezeki dia dan ini rezeki saya dan masing-masing ada kelebihan tersendiri, Tidak wujud istilah persaingan disitu”




FACEBOOK triherbs

No comments

Powered by Blogger.
a