Header Ads

'Saya Hargai Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz,Saya Hormat Dan Sayang' - Bila Di Sentuh Isu Pemimpin,Ini Respon Win Siti Nurhaliza.


Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza turut menyuarakan rasa hormat dan kagumnya terhadap barisan pemimpin negara yang selama ini tidak jemu-jemu berbakti.Penyanyi Comel Pipi Merah ini memberitahu dia begitu menyenangi para pemimpin yang hebat.

“Sebagaimana yang kalian tahu, saya macam tulah. Tak perlulah saya nak menggembar-gemburkan lagi. Sebagaimana yang saya nyatakan di Instagram misalnya sebab saya menyayangi. Pemimpin yang hebat kita sayang dan hargai, tak kiralah daripada mana.

“Misalnya saya menghargai Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz. Saya pernah berjumpa dengan arwah. Saya zahirkan hormat dan kagum saya. Semua yang berbakti pada Malaysia, amat-amat saya hormati dan sayang,” kata Siti.

Terdahulu, bintang asal Pahang ini ditemui media di palancaran butik kelapan, Creation and SimplySiti by Siti Nurhaliza di Melawati Mall, Kuala Lumpur pada Ahad.

Dalam perkembangan lain, Siti turut memberitahu dia bakal muncul dengan sebuah lagi remake Comel Pipi Merah yang secara eksklusif buat halwa telinga sepanjang Ramadan ini, duet bersama Khai Bahar. Lagu yang diberi judul Cinta Syurga itu boleh diperolehi menerusi semua platform muzik digital dalam masa terdekat.





Foto/Video : Instagram Siti Nurhaliza.
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a