Header Ads

"Saya Kecewa Dengan Keputusan Terburu-buru Untuk Membatalkan Projek Ini"



31 Mei: Selepas pengumuman pembatalan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura oleh kerajaan pakatan harapan.

Bekas perdana menteri DS Najib menggesa agar kerajaan tidak terlalu emosi sehingga membatalkan projek HSR itu.

"Projek ini bukan diilhamkan berdasar kepada keputusan dibuat satu negara sahaja. Ia dibuat secara kajian terperinci termasuk manfaat dari segi kos bagi membuktikan wujud manfaat sosial dan ekonomi bagi kedua-dua negara,” katanya.

Menurutnya, Malaysia banyak manfaat termasuk melalui jualan tiket kerana majoriti landasan adalah di Malaysia.

"Ia adalah sebahagian daripada agenda transformasi untuk Malaysia baharu yang akan mewujudkan industri baharu, kaedah baharu untuk kerjasama antara dua negara, meningkatkan pekerjaan berpendapatan tinggi serta taraf hidup lebih baik," katanya.

Najib menambah, HSR juga akan mewujudkan pusat pertumbuhan baharu seperti Batu Pahat, Muar, Ayer Keroh, Melaka dan  Seremban.

"Saya kecewa dengan keputusan terburu-buru untuk membatalkan projek ini dan menggesa kerajaan untuk bersikap lebih telus dan mengadakan rundingan sebelum membuat sebarang keputusan kerana ia akan memberi kesan kepada masa depan ekonomi, peluang pekerjaan dan jenis pekerjaan untuk rakyat Malaysia," katanya.



Beliau berkata, kerajaan baharu mendakwa kos projek ini adalah RM110 bilion sedangkan jawatankuasa bersama Malaysia–Singapura, sehingga awal tahun ini mengunjurkan kos bagi projek ini adalah kira-kira RM72 bilion sahaja.

Ia termasuk pengambilan tanah dibayar kepada rakyat Malaysia, berasaskan kepada penilaian antarabangsa yang dilakukan dan dikemukakan sebelum ini," katanya.

Najib juga mahukan penyelasan bagaimana kerajaan memperoleh angka RM110 bilion?

Adakah angka ini dinaikkan atas dasar politik sebagaimana dilakukan terhadap angka RM1 trilion bagi‘hutang negara?’



"Saya terkejut dengan kenyataan Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyatakan Malaysia tidak mendapat pulangan sesen pun daripada projek HSR.

"Saya mahu bertanya kepada Dr Mahathir apakah projek Lebuhraya Pan Borneo dan Lebuhraya Central Spine Road yang tiada tol, projek LRT, MRT dan monorel mendapat pulangan dari hasil tiket sahaja?," katanya.
FB: Triherb
Beliau menjelaskan, projek -projek infrastruktur ini mendatangkan pulangan kepada negara dari segi kepesatan ekonomi.

Kenyataan ini dimuat naik di facebooknya.

No comments

Powered by Blogger.
a