Header Ads

Saya menyesal tidak bercakap "BENAR" kepada Najib - Khairy



15 Mei 2018: Khairy Jamaluddin kesal kerana sebelum ini beliau tidak menerus terang dengan kepimpinan partinya Datuk Seri Najib Razak.

Ini adalah berkaitan dengan akar umbi yang telah menolak parti itu selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal disingkirkan keluar daripada parti.

Menurut Khairy, mereka dikeluarkan selepas dua pemimpin tersebut mengkritik hebat Najib secara terbuka berkaitan skandal 1MDB.

Selepas disingkirkan oleh bekas perdana menteri tersebut, Muhyiddin muncul semula dengan menjadi Presiden Bersatu yang menjadi salah satu komponen Pakatan Harapan, manakala Shafie menerajui Parti Warisan Sabah.

Tambahnya lagi, sekarang kita dapat lihat Harapan kini menjadi kerajaan persekutuan, Muhyiddin memegang jawatan sebagai menteri dalam negeri, dan Shafie adalah Ketua Menteri Sabah.

Menurut Khairy BN yang menjadi pembangkang kini perlu bersedia untuk menerima cabaran baru selepas Anwar Ibrahim dikeluarkan esok.

"Rakyat Malaysia telah memilih dua gergasi dalam dunia politik Malaysia untuk memimpin, maka cabaran kami adalah memastikan kami dapat memainkan peranan sebagai pembangkang".


FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a