Header Ads

'Saya Sering Berbuka Bersama Keluarga,Hairul Pula Sibuk Di Lokasi Filem' - Luah Hanis Zalikha


Disebabkan Hairul Azreen terlalu sibuk di set penggambaran, Ramadan kali ini Hanis Zalikha terpaksa berpuasa tanpa kehadiran suaminya.

"Bulan puasa ini menyaksikan saya sering berbuka bersama keluarga dan rakan-rakan kerana jadual suami yang padat.

"Pada awal Ramadan, saya berbuka dengan keluarga kerana Hairul sibuk di lokasi filem Paskal.Selepas itu, saya sempat berbuka dengan Hairul sebelum dia berlepas ke Turki untuk menyelesaikan beberapa babak akhir filem terbabit," kata Hanis kepada Astro Gempak.

Menurutnya lagi, cabaran Ramadan kali ini berbeza dengan tahun lepas. Kalau dulu anaknya, Yusuf Iskandar masih kecil dan hanya menyusu.

"Tahun ini, Yusuf sudah pandai makan dan cabaran yang saya hadapi berbeza. Saya harus memasak di siang hari pada bulan Ramadan untuk menyediakan makanan Yusuf."






Sumber : Astro Gempak
FACEBOOK KIM SKIN
-

No comments

Powered by Blogger.
a