Header Ads

"Saya tak mencuri, saya mangsa serangan Politik"



21 Mei: Nampaknya semenjak daripada kekalahan BN pada Pru14 bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diserang dari pelbagai sudut.

Namun bekas Perdana Menteri malaysia ini nampaknya kental dalam menghadam pelbagai spekulasi, tomahan dan tuduhan kepadanya.

Baru-baru ini beliau dijemput ke Pekan untuk menghadiri beberapa program. Dalam pada ini Najib Razak sempat memberi ucapan.


Beliau secara lantang menafikan bahawa beliau ada mencuri duit rakyat.

Katanya " Saya bukan orang yang mencuri harta rakyat, sebab itu banyak tuduhan dibuat"

"Orang Pekan tahu saya bukan pencuri, penyangak. Kenal saya sebagai orang yang telah berkhidmat 42 tahun"

Ucapan tersebut disambut dengan laungan dan kata-kata "Kami Sayang Datuk Seri" daripada penduduk Pekan yang masih berdiri dibelakangnya.

Katanya lagi "Saya dijadikan sasaran kerana saya presiden, Perdana Menteri. Kalau nak tumbangkan parti, kena tumbangkan Presiden dan kena lakukan apa sahaja asalkan "brand" saya rosak- Najib"



Bekas perdana Menteri ke-6 juga mengatakan bahawa isteri kesayangannya juga menjadi sasaran. Malah ada menuduhnya mendapatkan persetujuan daripada Rosmah sebelum membuat sesuatu keputasan.

Beliau dengan lantang menyatakan bahawa " Kita buat keputusan di kabinet. Saya tak buat keputusan dalam rumah. Keputusan direkodkan. Saya tak cakap tunggu dulu kena rujuk isteri saya".


No comments

Powered by Blogger.
a