Header Ads

'Saya Tak Terasa..' - Isu Sindiran Janna Nick,Ini Respon Cool Ayda Jebat.


Pelakon Ayda Jebat tidak terasa apabila namanya dikaitkan oleh netizen sebagai individu di sebalik pendedahan aktres Janna Nick yang mendakwa ada selebriti bersikap 'plastik' semata-mata untuk mendekatinya.

"Sejujurnya saya tidak tahu apa-apa. Saya tidak tahu pun Janna ada bercakap mengenai perkara itu.Saya tidak tahu sama ada perlu terasa atau tidak kerana saya tiada kaitan apa-apa kalau orang mengatakan dia bercakap tentang saya.Saya rasa tidak, kerana hubungan kami okay sahaja," katanya.

Netizen mengaitkan Ayda ekoran dia membuat kemunculan dalam program Melodi pada Ahad lalu sebelum Janna memuat naik luahannya di InstaStory pada sebelah malam hari sama.

Malahan,kemunculan AYda di Melodi,mereka berinteraksi seperti biasa dan tiada sebarang masalah timbul.Janna bagaimanapun tidak pernah menyebut nama sesiapa dan tidak akan mendedahkan siapakah individu yang dimaksudkan.


"Semasa di Melodi pun kami seperti biasa sahaja malah sempat buat latihan disebabkan saya perlu mempromosikan jenama telefon yang saya wakili.Janna pula tidak boleh mempromosikan jenama itu kerana dia adalah duta untuk jenama lain jadi kami buat latihan agar keadaan tidak kekok ketika siaran langsung.

"Semuanya berjalan seperti biasa sahaja. Sebelum ini pun saya pernah lima ke tujuh kali bertemu dengannya termasuk di rumah penerbit, Sheila Rusly.Kami pernah makan bersama malah Janna juga pernah datang ke set penggambaran saya dan saya pun pernah buat perkara sama," jelasnya.





Sumber : Mstar Online.
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a