Header Ads

'Saya tidak 'lalok' langsung,Orang Saja Nak Kenakan Saya' - Uqasaha Senrose


Terdahulu akhbar ini melaporkan seorang pelakon wanita popular ditahan polis selepas disyaki memiliki enam bungkusan aluminium berisi 53 pil Erimin 5 di dalam beg tangan miliknya.

"SAYA tidak 'lalok' langsung. Ujian air kencing sudah dilakukan dan keputusannya negatif," kata pelakon jelita Uqasha Senrose yang ditahan polis selepas disyaki memiliki enam bungkusan aluminium berisi 53 pil Eramin 5 , semalam.

Uqasha yang dibebaskan dengan jaminan polis, malam tadi enggan mengulas lanjut mengenai kejadian yang menimpanya namun tidak menolak wujud unsur sabotaj dalam kejadian itu.

“Saya tidak okey. Orang saja nak kenakan saya. Dugaan apa pula kali ini," katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Sementara itu juga di laporan Utusan Malaysia,komitmen yang diberikan Uqasha dalam drama bersiri Rahsia Hati Perempuan masih diteruskan seperti biasa dan tidak ada sebab untuk mereka menangguhkan penggambaran. 


"Saya tidak tahu apa yang berlaku. Dia ada di sini meneruskan penggambaran. Malah tiada sebab untuk kami tangguhkan penggambaran ini. 

"Ikutkan penggambaran drama Rahsia Hati Perempuan hanya akan habis pada bulan depan dan Uqasha masih mempunyai babak untuk dihabiskan," katanya.

Dalam kejadian pagi semalam, Uqasha yang memandu kenderaan Range Rover dilaporkan terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan sebuah kenderaan Honda BRV. 

Anggota polis yang dikerahkan ke lokasi kejadian kemudian membawa Uqasha ke balai untuk siasatan dan pemeriksaan rapi menemui enam bungkusan aluminium foil yang berisi 53 pil Erimin 5 dalam beg tangan jenama Chanel miliknya. 






Sumber : Harian Metro dan Utusan Malaysia.
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a