Header Ads

"Saya Tidak Mahu Menjadi Menteri Kewangan Jika Saya Dipilih Kerana Saya Orang Cina" - Lim Guan Eng



27 Mei: Umum sudah mengetahui bahawa Lim Guan Eng telah dilantik sebagai Menteri Kewangan. Terkini setiausaha agung Lim Guan Eng mengatakan bahawa beliau akan menolak Menteri Kewangan jika alasan lantikan itu hanya kerana beliau berbangsa cina.

"Saya tidak mahu menjadi Menteri Kewangan jika saya dipilih hanya kerana saya orang Cina. Saya rakyat Malaysia, saya bukan orang Cina.

Pada sidang media ketika pengumuman tiga menteri Kabinet pada 12 Mei lalu, Guan Eng menjawab soalan daripada seorang pengamal media dari China, menegaskan, biarpun berbangsa Cina, beliau mahu masyarakat mengenalinya sebagai orang Malaysia.

FB: Triherb
"Kami semua di sini orang Malaysia, tanpa mengira warna kulit atau agama. Apa yang penting adalah memberi khidmat kepada rakyat," katanya.

Ini bukan satu tugas mudah. Tun Dr Mahathir memilih saya berdasarkan prestasi saya di Pulau Pinang yang mana saya dapat mengurus kewangan dengan baik sehingga mencatat lebihan tahunan.

"Itulah sebabnya beliau mahu yang terbaik untuk menyelamatkan negara,” katanya ketika majlis malam malam DAP Air Putih, semalam

Beliau menyatakan bahawa lantikan yang telah dibuat adalah kerana kemampuannya yang boleh menguruskan hal ehwal kewangan negara setelah memberi satu prestasi yang membanggakan di Pulau Pinang ketika menjadi ketua menteri.

No comments

Powered by Blogger.
a