Header Ads

'Sebelum Kamu Takut Kerana Manusia Nak Pukul Kamu, Kamu Takutlah Kerana Allah' - Da'i Wan Beri Nasihat Pada Faiz Roslan.


Permohonan maaf personaliti media sosial, Faiz Roslan yang dibuat secara terbuka susulan video parodi yang mengundang kontroversi mendapat reaksi pendakwah muda, Wan Dazrin Wan Din.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Da’i Wan berkata, sedutan video parodi yang dimuat naiknya di akaun Instagram miliknya sebagai teguran kepada Faiz telah pun dipadam pada Sabtu, selepas Faiz juga memadam video tersebut.

“Kepada Faiz Roslan, lepas saya beritahu yang saya nak padam (video) sebab kamu dah padam video kamu, kamu nyatakan sebab kamu padam video tu sebab kamu risau takut ada manusia ugut nak pukul kamu.Boleh tak kalau saya nak ‘request’ (permintaan), sebelum kamu takut kerana manusia nak pukul kamu, kamu takutlah kerana Allah. 



“Takutlah kerana Nabi Muhammad SAW melaknat perbuatan yang kamu lakukan tu. Takutlah kerana itu yang terlebih dahulu, barulah kedua kamu takut kerana manusia. Boleh Faiz?,” kata Da’i Wan menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagramnya pada Sabtu.

“Dan kamu ada kemungkinan untuk melakukan kesilapan yang sama. Saya ‘request’ untuk takutlah kerana Allah dan kamu pilih untuk tidak lagi melakukan video parodi lelaki menyerupai perempuan ke tahap yang paling teruk,” ujar Da’i Wan.




Sumber : Mstar Online.
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a