Header Ads

'Sering Tidur Setengah Hari Kalau Tidur 'full day' Batal Puasa' - Tajul.

Ketika ini, pasti dalam kepala semua orang sudah terbayang-bayang juadah apa yang akan dibeli di bazar ramadan nanti kan?

Rasa macam sekejap sangat masa berlalu, kan? Pejam celik pejam celik, Ramadan muncul lagi. Ramadan juga sinonim dengan bulan pengumpulan amal dan pahala.

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan penyanyi lagu Sedalam Dalam Rindu, Tajul, 19, jom lihat apa sahaja aktiviti yang sering dilakukannya di bulan mulia ini?

"Aktiviti yang sering saya lakukan adalah tidur setengah hari, sebab kalau tidur 'full day' batal puasa pula nanti.

"Kemudian, bila bangun saya akan bermain game di telefon, baca buku, dan juga al-Quran.

"Di sebelah petang pula akan ke bazar, cari juadah berbuka puasa. Selalunya tiga benda wajib dibeli adalah air jagung, murtabak dan kuih-muih.

"Tapi yang paling penting adalah air sebab haus kan." katanya.




Foto: IG Tajul
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a