Header Ads

'Sila Bawa RADIOHEAD! Ramai Peminat Di Sini Yang Benar-benar Mengila!' - Netizen Minta Nurul Izzah Bawa Radiohead Di Malaysia.


Baru-baru ini, seorang individu di Twitter yang menggunakan nama @AlepWilcox telah memuat naik satu tweet berhubung kenyataan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah di salah sebuah majalah keluaran tahun 2013.

Menurut keratan majalah yang dikongsi oleh Alep, Izzah menyatakan jika dia dapat menakluki Putrajaya, dia akan membawa band popular antarabangsa, Radiohead datang ke Malaysia.




Pada tweet Alep ini juga dia turut menuntut kenyataan Izzah untuk membawa band tersebut ke tanah air. Nampaknya, tweet daripada Alep ini mendapat respon daripada Izzah.

Rata-rata netizen nampaknya begitu teruja dengan respon Izzah ini yang seperti memberi harapan kepada mereka untuk bertemu dengan band popular tersebut.Wah kalau betul Izzah nak bawa Radiohead datang ke Malaysia tentu ramai yang seronok dan tidak sabar melihat persembahan mereka secara langsung.





Sumber: Twitter @AlepWilcox & Nurul Izzah
FACEBOOK triherbs

No comments

Powered by Blogger.
a