Header Ads

Tabung Harapan Malaysia Tukar Kepada Tabung World Cup (Piala Dunia) - Sindir Pemuda Umno



31 Mei: Selepas pengumuman oleh Menteri Komunikasi yang mengatakan akan membuat siaran langsung RTM untuk Piala Dunia.

Dalam masa yang sama tabung pakatan harapan dibentuk bagi rakyat membantu Malaysia menyelesaikan hutang.

Pemuda Umno menyindir Tabung Harapan Malaysia tersebut ditukar dengan nama baru iaitu Tabung World Cup (Piala Dunia).

Pun begitu, di sebalik mesej dan mainan sentimen kononnya ekonomi lemah sehingga sebuah tabung terpaksa dilancarkan untuk rakyat menyumbang membantu kerajaan mengurangkan hutang negara, jemaah menteri hari ini (semalam) mengumumkan peruntukan berjumlah RM40 juta untuk membeli hak penyiaran siaran langsung Piala Dunia untuk ditayangkan secara percuma di RTM.

Agaknya dah boleh ubah nama tabung ke Tabung World Cup,” ketua penerangan pergerakan itu Shahril Hamdan dipetik sebagai berkata oleh Umno Online.

Mahathir selepas mengambil alih tampuk pemerintahan negara dari Datuk Seri Najib Razak dari BN mengumumkan hutang negara telah mencecah RM1 trilion.




No comments

Powered by Blogger.
a