Header Ads

Taikun Perniagaan Robert Kuok "TABIK HORMAT" Tun Mahathir Kerana Menyelamatkan Malaysia



24 Mei: Selepas Pakatan Harapan memenangi kerusi parlimen seterusnya membentuk kerajaan baru Malaysia pada PRU ke 14 ramai orang yakin dan percaya bahawa Malaysia akan kembali bangkit dan disegani dunia.

Baru-baru ini Orang Terkaya Di Malaysia Robert Kuok memuji Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana telah menyelamatkan negara.

Menerusi perkongsian tweet daripada akaun Twitter rasmi Dr Mahathir, Kuok memberi tabik hormat kepada dr Mahathir setelah bersalaman dengan PM Malaysia ketujuh itu.


Tan Sri Robert Kuok merupakan ahli perniagaan yang amat disegani. Beliau merupakan orang no 1 terkaya di Malaysia dengan jumlah kekayaan AS$14.1 Billion.
FB: Triherb
Beliau mengatakan kepada Tun Mahathir

"Saya tabik kepada anda, anda telah selamatkan negara ini," ujar Kuok kepada PM Dr Mahathir.

"Sudah tentu, dengan bantuan Daim," kata Kuok, merujuk kepada ahli perniagaan Tun Daim Zainuddin yang mengetuai panel lima ahli dalam Majlis Penasihat Kerajaan. (Kuok juga merupakan salah satu daripada ahli majlis itu.)

"Ya, saya tahu, tapi kami memerlukan bantuan anda sekarang," kata PM Dr Mahathir.

Kuok turut berpesan kepada rakyat Malaysia untuk meletakkan kepercayaan kepada ahli-ahli Majlis Penasihat Kerajaan dan juga mengatakan mereka yang dipilih adalah kalangan yang terbaik.

No comments

Powered by Blogger.
a