Header Ads

Tak nak "Bayar" PTPTN ? Tapi Bercuti Luar Negara, Pakai Phone Mahal ! Ini amaran Syed Syaddiq



25 Mei: Bagi korang yang meminjam PTPTN itu memang ada khabar gembira iaitu gaji kalau belum mencecah RM4000 korang tidak diwajibkan bayar.

Namun Syed Saddiq mengatakan bahawa kalau korang belum sampai gaji RM4000 pun korang boleh sahaja nak bayar duit PTPTN korang secara beransur.

Dan bagi korang yang belum sampai RM4000 gaji tetapi korang menggunakan duit gaji korang untuk memenuhi kehendak kehidupan dan memenuhi gaya hidup seperti bercuti dan memiliki telepon korang diingatkan oleh Syed Saddiq untuk menjelaskan dahulu komitmen sebagai peminjam PTPTN.



Perkara ini perlu dilihat secara kes demi kes iaitu kerajaan perlu membezakan antara mereka yang berkemampuan dengan mereka yang tidak mampu.

Tetapi saya ingin menegaskan, bagi mereka yang berkemampuan untuk bercuti ke luar negara, kamu bertanggungjawab bayar semula pinjaman,” katanya ketika menjadi tetamu dalam program Temu Bual Eksklusif Bernama Radio, hari ini.

FB: Triherb

Anggota Parlimen Muar itu berkata matlamat utama cadangan penangguhan pembayaran wang pinjaman PTPTN yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) bertujuan membantu graduan yang belum bekerja dan yang sudah bekerja tetapi berpendapatan rendah.

Menurutnya golongan peminjam berkenaan merupakan antara golongan terbesar yang terkesan dengan tindakan penyenaraian hitam oleh PTPTN.

“Ada peminjam yang telah mendapat kerja tetapi hanya mempunyai gaji sekitar RM1,500 hingga RM2,000 sebulan, ini tidak mencukupi ditambah dengan kadar kos hidup yang tinggi hari ini. Malah kadar pengangguran belia di Malaysia juga tinggi.

Jadi kami (PH) berpendapat daripada terus menghukum peminjam dengan menyenaraihitamkan mereka lebih baik kami bantu golongan ini,” katanya.

Selain penangguhan bayaran pinjaman PTPTN bagi semua graduan yang berpendapatan kurang daripada RM4,000 sebulan, PH turut menjanjikan untuk menghapuskan amalan menyenaraihitamkan peminjam dalam manifesto mereka. - Bernama

No comments

Powered by Blogger.
a