Header Ads

"Tak Sabar nak Berdebat dengan Najib Razak dan KJ di Parlimen" Syed Syaddiq



16 MEI 2018: Parlimen Malaysia akan bermula tidak lama lagi, nampaknya ahli Parlimen muda Pakatan Harapan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sudah tidak sabar untuk berdebat.

Katanya beliau sudah tidak sabar untuk berdebat dengan Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau yang juga ahli parlimen muar berharap supaya Khairy yang juga ahli parlimen rembau akan menjadi ketua pembangkang.



"Saya memang menunggu situasi ini, bukan sahaja untuk berdebat tetapi saya juga nak bekerjasama dengan mereka."

"KJ contohnya, banyak program yang telah dilaksanakan seperti Fit Malaysia sangat baik dan ianya perlu diteruskan. Jika dia ada idea yang baik, dia boleh bangkitkan di Parlimen." katanya dalam sesi Facebook live sinar harian

Syed Syaddiq juga mengatakan jika seseorang dilantik sebagai ketua pembangkang, maka beliau adalah setaraf dengan menteri.

Mereka akan dilayan dan diiktiraf seperti menteri. Dan mereka boleh memastikan sama ada kerajaan yang mentadbir adalah kerajaan yang telus dan berintegriti.

Syed juga bercakap mengenai kemenangannya dalam PRU14 yang mana beliau dikatakan sebelum ini sebagai terlalu muda dan mendapat gelaran seperti anak kucing dan budak hingusan oleh menteri BN.

Namun kemenangan ini menunjukkan anak muda mampu kalau diberi peluang.


Sumber - Awani


FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a