Header Ads

"Telajak Perahu Boleh Diundur, Terlakjak Tweet Kecaman Diterima" Ummie Aida Minta Johan Untuk Senyap



24 Mei: Bak kata pepatah "Telajak perahu boleh diundur, terlanjak tweet kecaman diterima"... Itulah nasib yang sedang dihadapi oleh Johan As'ari.

Johan sebelum ini telah menegur atau meminta pihak polis untuk memeriksa kediaman Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dalam akaun twitternya pada selasa lalu.

Oleh itu, Umie di dalam laman sosialnya berpendapat bahawa aktor itu lebih baik berdiam diri daripada bercakap, bercakap menampakkan tahap pemikiran seseorang itu.. sedih!" katanya malam rabu.

Sebelum ini Tweet berbaur sindiran itu dimuat naik Johan mengundang rasa kurang senang netizen.

Dia turut dikecam apabila dikatakan segaja mencetuskan kontroversi bagi mencari publisiti murahan.



Johan merupakan anak ahli politik yang bergiat aktif dalam Umno iaitu Datuk As'ari Ibrahim, bekas Setiausaha Politik kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor.

Sebelum ini pihak berkuasa melakukan penggeledahan di premis serta kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan menemui sejumlah wang.

Menerusi laporan mStar Online pada Rabu, Johan sudah memohon maaf kepada Tun M dan netizen yang tergores dengan kenyataan berkenaan.

Pelakon filem Juvana ini turut menegaskan laman Twitter adalah ruang peribadinya untuk meluahkan pendapat.

“Saya tidak ambil serius, malah saya ada hak untuk meluahkan apa sahaja yang sama mahukan.

“Saya tidak fikir perkara ini akan tular, saya rasa bersalah dan memohon maaf dengan netizen yang terguris,” ujarnya.

No comments

Powered by Blogger.
a