Header Ads

(Terkini) Gunung berapi meletus menyebabkan berpuluh-puluh rumah ranap


TERKINI: Gunung berapi paling aktif di Hawai ( Kilauea) mengancam puluhan rumah penduduk dan turut telah memusnahkan berpuluh-puluh rumah lain.

Pihak pertahanan awam meminta ratusan penduduk yang berada di kawasan Leilani Estates dan juga Lanipuna Gardens di bahagian timur Big Island Hawai untuk berpindah memandangkan aliran lahar di gunung tersebut masih bergerak aktif, kata pihak pertahanan awam.

Tambahnya dalam perkembangan terkini, sebanyak 26 buah rumah telah dimusnahkan oleh lahar yang mengalir dari celah-celah tanah.

Rakaman udara juga menunjukkan lahar mengalir melalui kawasan kejiranan Leilani Estates, melimpahi jalan raya sehingga menyalakan api kecil.

Penduduk Leilani Estates dibenarkan pulang ke rumah mereka pada hari Ahad antara pukul 7 pagi hingga 6 petang untuk memeriksa dan memindahkan harta benda mereka. Bagaimanapun, penduduk diingatkan supaya bersedia untuk melarikan diri dengan segera apabila diarahkan.

“Keadaan tidak stabil yang melibatkan pelepasan gas toksik, gempa bumi dan aktiviti lahar gunung berapi menyebabkan garis panduan keselamatan boleh berubah pada bila-bila masa.

“Tahap sulfur dioksida yang tinggi menjadi ancaman kepada individu yang terdedah terhadapnya,” kata Agensi Pertahanan Awam.

Menurut Badan Pertahanan Awam Sepuluh, sepuluh rekahan tanah telah dikesan setakat ini dan memuntahkan lahar serta asap berbahaya.

Terdahulu, gunung berapi Kilauea berketinggian 1,247 meter mula meletus pada petang Khamis lalu dan menyaksikan pancutan lahar setinggi 70 meter telah meletus ke udara.

Gempa bumi pada Jumaat lalu diukur pada skala magnitud 6.9 dan merupakan gempa terkuat yang pernah berlaku di kepulauan itu sejak tahun 1975. - AFP

No comments

Powered by Blogger.
a