Header Ads

(Terkini) Ketua Pengarah SPRM "LETAK JAWATAN" hari ini



14 Mei 2018: Jika dua hari lepas YAB DS Najib Razak meletakkan jawatannya sebagai pengerusi UMNO dan Barisan Nasional.

Pada hari pertama bekerja untuk rakyat Malaysia selepas pakatan harapan memerintah negara, Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegah Rahsuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad dikatakan meletakkan jawatannya sebagai KP SPRM itu.

Baca juga: Dua "KETUA MENTERI" disabah mengangkat sumpah, yang satu tidak mahu lepaskan jawatan

Menurut sumber, surat peletakan jawatannya diserahkan kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN) pagi ini.

"Ya surat letak jawatan telah diserahkan kepada KSN pagi ini," kata sumber dalam satu kiriman mesej, petik laporan mStar Online.

Dzulkifli, 50, dilantik memegang jawatan itu pada 1 Ogos 2016 bagi menggantikan Tan Sri Abu Kassim Mohamed yang ditempatkan sebagai Pakar Perunding Integriti, Fakulti Undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Bagaimanapun nama Abu Kassim disebut-sebut bakal memegang jawatan itu sekali lagi susulan peletakan jawatan Dzulkifli

Sepanjang perkhidmatannya menjadi ketua pengarah, beliau mempunyai banyak kontroversi membabitkan bekas perdana menteri Malaysia.

Rakyat dikatakan mengesa pihak berwajib untuk menyiasatnya selepas ini selepas banyak terpalit kontroversi membabitkan 1MDB.

Baca juga : Kita "TIDAK ADA" peguam negara kata Tun Mahathir ? Namun Apandi Ali tiba di pejabat peguam negara menjadi tanda tanya?
Berikut antara komen rakyat




VIDEO DETIK NAJIB MELETAKKAN JAWATAN


 

No comments

Powered by Blogger.
a