Header Ads

Termasuk Siti Bila Tun M Follownya Di IG, Ini Dia Respon Balas Datuk Siti Nurhaliza.


Baru-baru ini, ramai yang tumpang bangga apabila akaun Instagram (IG) figura seni terkenal Malaysia, Datuk Seri Nurhaliza menjadi antara tujuh akaun yang diikuti Perdana Menteri Malaysia ketujuh, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Penghibur asal Pahang itu memberitahu dia cukup gembira dan tidak menyangka tokoh negara itu sudi untuk mengikutinya menerusi platform perkongsian gambar berkenaan.

“Alhamdulillah, saya pun tak sangka Tun follow saya. Itu saya kegembiraan bagi saya dan rasa hormat kerana Tun mengikuti Instagram saya.

“Sebab macam saya sendiri pun sebelum mengikuti seseorang, orang tengok jugak kriterianya. Jadi bila beliau mengkuti, saya ucapkan terima kasih banyak-banyak,” katanya.

Sebelum ini, Tun M turut memuat naik entri berbentuk video menerusi Ig bagi memberi dedikasi dan ucapan tahniahnya buat penyanyi tersebut atas kelahiran cahaya mata sulung, pertengahan Mac lalu.


 

Sumber : Media Hiburan
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a