Header Ads

Tumbuk Warga Asing Tak Faham Arahan... Inilah Balasan Yang Diterima Pegawai Imigresen



30 Mei: Pegawai Jabatan Imigresen Malaysia bertindak luar kawalan dengan melakukan kekasaran kepada seorang lelaki warganegara Myanmar kerana warga asing tersebut tidak faham arahan.

Menurut laporan yang disediakan oleh Harian Metro, pegawai tersebut sudah ditahan kerja. Datuk Seri Mustafar Ali berkata, pihaknya memandang berat kejadian itu dan pihaknya telah mengambil tindakan disiplin terhadap pegawai terbabit.


"Perlakuan pegawai terbabit jelas menjejaskan imej jabatan dan bertindak bertentangan kod etika jabatan serta perkhidmatan awam.

"Pihak jabatan tidak akan berkompromi terhadap pegawainya yang melakukan pelanggaran integriti sehingga mencemarkan nama baik dan imej jabatan sertai tidak akan melindungi mereka yang melakukan kesalahan sedemikian," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurut Mustafar Ali, mana-mana pegawai yang didapati melakukan kesalahan akan diambil tindakan serius termasuk dibuang kerja. Pihak JIM juga tidak teragak-agak mengambil tindakan tata tertib berdasarkan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) Pindaan 2002.


FB: Triherb
Ketua Pengarah Imigresen Johor, Datuk Rohaizi Bahari mengesahkan kejadian itu berlaku di pejabat Bahagian Penguatkuasaan JIM di Wisma Persekutuan Johor Bahru pada jam 9 pagi tadi.

Siasatan dalaman sedang dijalankan dan pegawai terbabit sudah dikenakan tindakan.

No comments

Powered by Blogger.
a