Header Ads

(Video) Helicopter bawa pengantin terhempas tetapi majlis masih diteruskan ?


Sebuah majlis yang sepatutnya berjalan dengan penuh meriah dan gilang gemilang bertukar tragedi dimana sebuah helicopter yang membawa pengantin terhempas lalu terbakar...

Namun... Pengantin perempuan yang menaiki Helicopter tersebut nekad meneruskan majlis pernikahan mereka..

Mengikut laporan Daily Mail, momen penuh bersejarah didalam majlis perkahwinan di utara Sao Paulo, Brazil, pada Sabtu lalu sempat dirakam oleh beberapa tetamu yang hadir saat menunggu kedatangan pengantin perempuan tersebut.

Dikatakan bahawa juruterbang pengangkutan udara tersebut gagal mengawal helikopter itu ketika hendak mendarat di sebuah ladang anggur tempat majlis tersebut berlangsung.

Helikopter yang ketika itu membawa empat orang termasuk pengantin perempuan terhempas dengan tiba-tiba menyebabkan orang ramai bertempiaran lari dan sebahagiannya segera mendapatkan mangsa.

Mujur kesemua mangsa berjaya dikeluarkan dan diselamatkan dari helikopter tersebut sebelum api marak.

Pihak bomba melaporkan semua penumpang kecuali pengantin hanya mengalami cedera ringan.
Sementara itu, pengantin perempuan dan pasangannya memutuskan untuk meneruskan majlis perkahwinan mereka seperti yang dirancangkan.


Disebabkan kejadian tersebut tiga penumpang lain termasuk juruterbang, jurugambar dan seorang kanak-kanak dibawa ke hospital kerana mengalami kecederaan ringan.


- Sumber:- Dailymail, Youtube, RT
Kaki Share

FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a