Header Ads

(Video) Media bersifat "BEBAS" selagi mana tidak mengganggu gugat keamanan negara - Mahathir



13 MEI 2018: Selepas ini kerajaan tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap mana-mana laporan berita yang tidak tepat selagi mana ia tidak mengganggu gugat keamanan negara.

Ini berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Turutnya lagi, tindakan tersebut membolehkan pengamal media tempatan mengetahui sendiri dengan lebih jelas mana satu berita palsu atau mana satu benar dalam laporan mereka. "Dalam rejim sebelum ini, kita rasa sekatan. Ada akhbar pro itu, pro ini, tapi kita tidak akan sekat laporan mereka, janji ia membawa hasrat dalam laporan.

"Namun, usaha yang membawa ketegangan tidak akan diterima," katanya dalam sesi penerangan khas kepada RTM dan Bernama di kediaman beliau di sini, hari ini.

Dr Mahathir berkata walaupun kerajaan baharu pimpinan Pakatan Harapan menyokong kepada kebebasan akhbar namun, ia mempunyai hadnya.

"Jika mereka sengaja membuat laporan untuk menimbulkan huru hara atau ketegangan, kita akan hadapinya dengan undang-undang khas," tegas beliau.



Sumber: Bernama
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a