Header Ads

Wifi "Double Speed" Dengan Separuh Harga lebih kurang - Menteri Komunikasi



23 Mei: Hari ini satu pengumuman berkaitan dengan usaha mewujudkan wifi yang lebih laju (double the speed) dan separuh harga lebih murah dibuat oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia yang baru, Gobind Singh Deo.

Katanya pada zaman ini, masyarakat memerlukan wifi yang lebih berkualiti. Ini bagi membantu melancarkan segala urusan atas talian.

Beliau berkata akan melihat pelbagai masalah yang dihadapi oleh Syarikat telekomunikasi dan akan membuat atau mencari jalan penyelesaian terhadap masalah berkenaan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan wifi di negara ini.

"Kalau kita lihat wifi di negara lain, perkhidmatan yang diberikan itu taraf berbeza dengan apa yang kita (Malaysia) ada, jadi tidak ada sebab kenapa kita tidak boleh mencontohi sistem-sistem lain yang ada di luar negara. Itu adalah satu perkara yang saya akan cuba, juga sebahagian daripada pelan 100 hari," katanya dalam rancangan Bicara Khas yang disiarkan secara langsung oleh RTM, malam tadi.

Gobind berkata beliau juga komited untuk menjamin kebebasan media dalam melaporkan berita dan membuat kritikan kepada kerajaan.

Beliau berkata laporan berita dengan tepat tanpa berat sebelah mampu mencorak pemikiran masyarakat, sekali gus membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju.   

FB: Triherb

"Dalam Pakatan Harapan (PH) memang kita bersandarkan kepada gelombang kita mahu menegakkan sistem kebebasan lebih kepada semua pihak dan satu aspek yang penting ialah media," katanya.

Beliau berkata rakyat negara ini juga telah matang untuk menonton program perdebatan di kaca televisyen bagi mendapat maklumat dan memahami sesuatu isu yang timbul.

"Kalau kita nak adakan satu debat, perbahasan, saya rasa tidak ada masalah, kita sebenarnya setiap hari ada perdebatan walaupun di kedai kopi," katanya.

Dalam pada itu, Anggota Parlimen Puchong yang terkenal kelantangannya di Dewan Rakyat  itu turut mengalu-alukan kritikan terhadap kerajaan PH oleh pihak pembangkang ketika di Parlimen.

"Saya harap mereka diberikan ruang sepenuhnya untuk berbahas di Parlimen dan bawa isu-isu yang dekat dengan hati rakyat, kritik kerajaan kita sebagaimana perlu, kita tidak seharusnya mempunyai speaker yang menyekat pembangkang membawa isu-isu dan itu perbezaan kita dengan kerajaan terdahulu,” katanya

No comments

Powered by Blogger.
a