Header Ads

'Aww Bakal Daddy' - Peminat Bersuara Bila Fazura Kongsi Gambar Fattah Dengan Anak Saudara.


Pasangan selebriti, Fattah Amin dan Fazura sering kali ditanya soalan mengenai anak.Tidak dinafikan bahawa para peminat memang dah tak sabar dan ‘excited’ untuk melihat Fattzura junior.

Semalam, Fazura memuat naik foto Fattah memegang seorang kanak-kanak perempuan dipercayai merupakan anak saudara Fazura.

“You, my love,” tulisnya.


Kini setelah lebih setengah tahun berkahwin, para peminat masih setia dan tidak putus-putus mendoakan kehadiran ‘orang ketiga’ dalam kehidupan mereka.

Ternyata foto tersebut mendapat perhatian netizen yang memuji Fattah dan mengatakan bahawa dia kelihatan seperti seorang ayah di dalam gambar itu.

Malahan,Mereka beranggapan bahawa ia adalah satu soalan normal yang akan ditanya. Baik Fattah mahupun Fazura tidak pernah merasa tertekan atau rimas apabila sering diajukan soalan mengenai anak. 






Sumber: Ig Fazura.
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a