Header Ads

Bantuan Khas Aidilfitri Sebulan Gaji Untuk Penjawat Awam Selangor - Azmin Ali



5 Jun : Semalam Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, di Audotorium Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz Shah mengumumkan seramai 17,109 penjawat awam bakal menerima bantuan khas kewangan sebanyak satu bulan gaji.

Dan pembayaran khas ini akan diberikan pada 25 Jun ini. Beliau turut mengumumkan 10 peratus daripada bantuan khas kewangan tu akan didermakan kepada Tabung Harapan Malaysia dan ia hanya dikenakan kepada pegawai gred 44 ke atas.

“Sumbangan 10 peratus itu adalah atas semangat patriotik penjawat awam yang tidak mahu tertinggal dalam usaha murni untuk mengurangkan bebanan hutang negara yang ditinggalkan pentadbiran lama.

Selain itu, kita juga akan memberikan saguhati sebanyak RM1,000 buat pertama kalinya kepada 755 kakitangan di tujuh jabatan Persekutuan negeri Selangor," katanya.

FB: Triherb

No comments

Powered by Blogger.
a