Header Ads

'Berwaspada, Keropok Itu Tidak Di Jual Secara Terbuka' - Netizen.


Baru-baru ini kecoh di media sosial netizen memberi amaran kepada orang ramai agar tidak terbeli keropok kentang yang dikeluarkan oleh sebuah jenama arak terkenal, Tiger. 

Menurut netizen terbabit, keropok kentang itu dijual di sebuah pasar raya mini secara terbuka. Juga ditunjukkan pada label makanan tersebut tertera peringatan bahawa keropok itu hanya untuk pengguna bukan beragama Islam berumur 21 ke atas. 

"Jaga-jaga semua. Keropok ini ada dijual di kedai-kedai. Hari itu ada nampak di 99 Speedmart. Takut ada anak-anak yang terambil. Sebab kita ini mana pernah baca kan tulisan-tulisan itu semua. 

"Sebarkan supaya lebih berwaspada. Tolong viralkan buat saudara semuslim kita," tulis individu terbabit. 



Bagaimanapun, keropok itu sebenarnya tidak dijual secara terbuka seperti yang didakwa. Sebaliknya keropok itu hanya diberikan kepada pelanggan yang membeli air bir Tiger. 

"Keropok itu bukan untuk dijual pun. Dapat free kalau beli air minuman. Just sharing," tulis netizen. 

Berdasarkan iklan, keropok itu hanya akan dibeli kepada pelanggan yang membeli enam tin bir Tiger di 99 Speedmart, sebahagian dari promosi jenama berkenaan sempena FIFA World Cup 2018. 


FACEBOOK KIM SKIN


No comments

Powered by Blogger.
a