Header Ads

Bukan RM40 Juta Kos Siar Piala Dunia, Hanya RM30 Juta Dan Sebahagian Ditanggung Penaja



1 Jun: RM40 juta yang digembar gemburkan sebagai perbelanjaan untuk menyiarkan Piala Dunia 2018 mendapat pelbagai reaksi netizen.

Jadi pada semalam Menteri Kewangan Lim Guan Eng memaklumkan kos penyiaran kejohanan Piala Dunia 2018 di RTM adalah RM30 juta.

"Kerajaan memperuntukkan RM40 juta untuk siaran Piala Dunia 2018 tetapi perbelanjaan sebenar adalah RM30 juta.
FB: Triherb
"Sebahagiannya akan ditaja melalui pendapatan pengiklanan," katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo kemudian menjelaskan RTM telah mendapatkan penajaan berjumlah RM15 juta dan ia dijangka akan bertambah.

Gobind berkata kerajaan berusaha menjadi telus dengan mengumumkan harga siling sebanyak RM40 juta untuk menyiarkan Piala Dunia di RTM.

Beliau berkata butiran lanjut mengenai pihak penaja akan didedahkan pada sidang akhbar kemudian.

Beliau juga berkata hak penyiaran didapatkan daripada syarikat bernama Sports and Media Distributor dan beliau akan menyemak jika syarikat itu terikat dengan gergasi TV satelit, Astro.

Ditanya jika sebarang lebihan tajaan yang diperoleh akan disalurkan ke Tabung HARAPAN Malaysia, menteri berkata hal ini akan dibincangkan dalam kabinet.

Sumber: Malaysiakini

No comments

Powered by Blogger.
a