Header Ads

Individu Beri Ganjaran RM10,000 Bagi Maklumat Persembunyian Jamal

5 Jun : RM10 ribu untuk sesiapa yang mempunyai maklumat persembunyian Jamal Yunos ! Itulah harga yang diberikan oleh seorang warga marhaen kepada sesiapa yang mempunyai maklumat persembunyian Jamal.



Perkara ini diumumkan oleh seorang Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng. Beliau berkata ada seorang individu menawarkan ganjaran RM10,000 kepada mereka yang mempunyai maklumat persembunyian Jamal.

"Seorang warga marhaen melalui saya ingin menawarkan ganjaran RM10,000 kepada sesiapa yang mempunyai maklumat sahih mengenai tempat persembunyian ketua Umno bahagian Sg Besar, Jamal Md Yunos yang kini dalam buruan pihak polis." Katanya di Twitter



Sebelum ini Mahkamah Majistret Ampang telah mengeluarkan waran tangkap kepada Jamal selepas beliau gagal tampil memberikan kerjasama bagi membantu siasatan ke atas dirinya.

FB: Triherb
Jamal dikatakan sekarang sedang bersembunyi di Indonesia. Pihak polis kedua-dua negara sedang menjalinkan kerjasama memburunya.

Jadi kalau sesiapa yang ada maklumat yang sahih tu boleh berikan maklumat tersebut pada yang berkenaan. Kalau beri cepat dapatlah korang duit raya nanti.

No comments

Powered by Blogger.
a