Header Ads

Jenama Beg Tangan Mewah 'Bijan Pakzad' Kini Viral, Siapakah Bijan Yang Sebenarnya?


Bijan, satu jenama yang disebut-sebut rakyat Malaysia hari ini. Semuanya gara-gara satu sidang media yang dibuat semalam oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM). Banyak persoalan yang timbul mengenai Bijan ini.

Malah, butik Bijan yang ada di Beverly’s Hill di California turut diiktiraf sebagai butik paling mahal di dunia. Kalau butik dia pun paling mahal, barangan yang dijual tak perlu tanya lah berapa harganya kan.Kita pernah dengar mengenai Hermes sebelum ini, tapi Bijan berada di tahap yang lebih tinggi. Mungkin dari segi harga kedua-dua jenama ini tidak jauh berbeza, tetapi dari segi nilai eksklusif yang ditawarkan, nyata berbeza. 

Tapi Bijan yang sebenar sudah meninggal dunia pada tahun 2011. Hari ini, jenama Bijan yang lebih dikenali sebagai House of Bijan diurus oleh anaknya, Nicholas Bijan Pakzad.

Kalau korang nak tahu, pengasas jenama Bijan ini merupakan seorang lelaki yang berasal daripada Iran. Ya, Iran. Namanya Bijan Pakzad dan dilahirkan pada 4 April 1940. Jadi, Bijan itu sebenarnya adalah jenama bersempana nama pengasasnya.




Ayahnya merupakan seorang ahli perniagaan berjaya di Iran yang terlibat dalam industri keluli di sana. Jadi, Bijan boleh dikatakan adalah seorang individu yang sangat memahami citarasa golongan elit.

Bijan ini semasa usia mudanya memang seorang yang sangat bergaya dan berbakat dalam bidang rekaan. Bijan pernah dihantar menuntut ilmu oleh keluarganya ke Switzerland sebelum berpindah ke Florence, bandar yang terletak di Itali. Di Florence, Bijan mengambil kesempatan untuk mencipta nama apabila mula mengeluarkan pakaian lelaki dengan jenamanya sendiri selama 7 tahun.

Bijan kemudian kembali semula ke Iran. Dengan bantuan modal awal sebanyak US$ 1 juta yang diberi oleh ayahnya, Bijan memulakan perniagaan pakaian wanita pula kali ini dengan menggunakan cap dagangan Pink Panther.

Bijan kemudian berhijrah ke Amerika Syarikat pada tahun 1973. Tiga tahun kemudian, pada umur 32 tahun, Bijan nekad untuk membuka sebuah butik dengan namanya sendiri. Siapa sangka, sebuah butik milik orang Iran di muka bumi Amerika, hari ini menjadi rumah kepada pelbagai tokoh politik elit dan individu-individu yang mempunyai kekayaan di luar imaginasi untuk berbelanja.

Rodeo Drive juga lebih memberi tumpuan untuk menyediakan fesyen jenama mewah untuk golongan lelaki, sama ada mereka yang terdiri daripada golongan bangsawan mahupun raja daripada seluruh dunia sehinggalah pemimpin-pemimpin kerajaan, artis Hollyywood 



Maka lahirlah pelbagai jenis model beg tangan pelbagai corak dan warna. Diperbuat daripada kulit buaya berkualiti tinggi, tipulah kalau anda sebagai wanita dan berkemampuan, tidak mahu bergaya dengan koleksi yang diterbitkan khas oleh Bijan.

jika anda terlampau kaya dan tidak tahu dimana mahu melaburkan wang tersebut, anda mungkin boleh memiliki salah satu sebuah kereta edisi terhad kolaborasi antara House of Bijan dengan dua jenama mega dunia.





Sumber : LA Times, CNA, The Washington Post, Bijan.
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a