Header Ads

Kenapa Bau Ketiak Lelaki Boleh Hilangkan Stress Untuk Wanita?


Biar betul hidu bau ketiak lelaki boleh hilangkan stress bagi wanita? Itulah persoalan yang bermain di minda kebanyakkan wanita lebih-lelbih lagi yang sudah bergelar isteri.

Ya, memang benar bau ketiak lelaki mampu menghilangkan stress atau tekanan bagi wanita terutamanya si isteri yang stress dengan tugasan harian.

Satu kajian yang dibuat di University Pensylvania telah membuktikan bahawa peluh lelaki mampu menurunkan tekanan dan melancarkan haid bagi kaum wanita.

Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America sebelum ini, bau ketiak lelaki yang sengaja “diproses” daripada lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh “digoda” dengan bau semulajadi lelaki.


Dalam uji kaji yang tersebut, wangian semulajadi (peluh tanpa deodoran) itu kemudian di sapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu cecair yang disapu itu adalah bau peluh lelaki. Mereka hanya diberitahu kajian tentang satu aroma wangian akan dijalankan ke atas mereka.

Enam jam pertama kemudian, skala mood wanita yang disapu dengan wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diambil dan hasilnya sangat mengejutkan apabila bau peluh lelaki mampu menceriakan mood wanita dan dapat membuatkan wanita menjadi kurang stress.


Nasihat kami, jika anda (wanita) ingin mencuba menghidu bau ketiak pasangan anda ataupun suami anda, pastikan bau ketiak pasangan anda tidak berbau hangit kerana kami risau anda pengsan dengan bau ketiak itu nanti.


No comments

Powered by Blogger.
a