Header Ads

"Kisah Seram Raya Kelima, Telefon Terbakar Dengan Sendiri Tanpa Dicas Semasa Kejadian"


"Tanpa dicas, tiba-tiba telefon terbakar," demikian tulis Elyeana Abdullah mengenai telefon bimbit milik suaminya, jenama Oppo yang dibeli pada tahun 2014. 

Dalam kejadian jam 4.30 pagi pada raya kelima, telefon itu terbakar sendiri dan asap memenuhi ruang bilik dan hampir saja meragut nyawa mereka sekeluarga yang sedang tidur.

"Kisah seram raya kelima. Telefon terbakar dengan sendiri tanpa dicas semasa kejadian. 

"Mujur pada masa kejadian, telefon ini diletakkan jauh dari tilam dan bantal. Kalau tak, memang arwah dah kami sekeluarga. Sedar-sedar saja bau hangit dan asap penuh bilik. Telefon pula sedang terbakar," tulisnya. 



Menurut Elyeana, sebelum ini dia hanya pernah mengetahui kes telefon terbakar apabila sedang dicas. Namun dalam kejadian yang dialaminya, telefon suaminya itu terbakar sendiri.

"Selama ini ingat telefon sedang dicas saja risiko meletup. Tetapi ini tak, diam-diam pun terbakar juga. 

"Kepada kenalan berhati-hatilah. Syukur masih diberi kesempatan untuk hidup lagi," tulisnya.



FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a