Header Ads

“Masih tak terjun lagi, dah berapa jam tunggu ni.” - 'Diperli' Orang Awan,Gadis Ini Nekad Bunuh Diri.


Sebuah adegan bunuh diri secara ‘live’ menjadi viral dalam laman sosial di China pada 21 Jun lalu apabila seorang gadis berusia 19  tahun nekad terjun dari tingkat tinggi sebuah bangunan.

Dia mengambil keputusan tersebut selepas kesal dengan ‘perlian’ orang awam yang menyuruhnya terjun daripada bangunan tersebut daripada membuang masa, lapor What’s on Weibo.

Difahamkan, Li Yi-yi mengalami kemurungan selepas pihak sekolah dan pihak berkuasa enggan percaya dengan dakwaan yang dia telah dicabul oleh guru lelaki dalam kejadian yang berlaku pada 2016.

Dalam laporan polis yang tersebar di media sosial, mangsa mendedahkan dengan terperinci mengenai kejadian yang berlaku ketika dia berusia 17 tahun, di mana pada waktu itu dia mengalami sakit perut dan pergi ke klinik kesihatan sekolahnya.

Gurunya, Wu, yang bertugas semasa hari kejadian, datang untuk melihat keadaan Li dan pada ketika itu. Wu kemudiannya meraba, mencium mulut, muka dan telinga mangsa. Suspek juga cuba menanggalkan pakaian mangsa tapi bernasib baik apabila guru lain masuk ke bilik rawatan itu.

Pada keesokan harinya, Li pergi berjumpa dengan kaunselor untuk bercakap mengenai kejadian itu. Malangnya, pihak sekolah tidak mahu memperbesarkan hal itu dan guru terbabit hanya dikenakan tindakan disiplin yang tidak dinyatakan, selain digesa memohon maaf terhadap mangsa.




Selepas gagal mendapatkan keadilan untuk dirinya, Li kemudian melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa. Sekali lagi, Li gagal berbuat demikian apabila pihak polis membebaskan Wu.

Dalam keterangan Wu mendakwa, dia hanya menyentuh Li untuk pemeriksaan fizikal dan untuk mengetahui jika Li mengalami demam panas. Wu yang tidak didakwa kemudiannya dibenarkan kembali bertugas di sekolah.

Li akhirnya berputus asa dan mengalami kemurungan tahap teruk sehingga membawa kepada keputusannya untuk membunuh diri.

Dalam rakaman video (yang telah dipadamkan), Li sengaja melepaskan pegangan tangannya dari belebas bangunan ketika anggota bomba cuba menyelamatkannya.

Orang awam yang melihat dan membuat rakaman langsung kejadian itu bersedih selepas mangsa terjun dan ada segelintir yang bersorak. Sebelum kejadian itu juga, ramai yang tidak menunjukkan rasa simpati, malah ada yang membuat kiraan, “1.. 2.. 3.. lompat!” dan ada juga yang bertepuk tangan.



“Masih tak terjun lagi, dah berapa jam tunggu ni.”

Difahamkan, pihak polis telah menahan beberapa individu yang mencetuskan provokasi terhadap mangsa untuk terjun segera.

“Apa nak jadi dengan masyarakat kita ini? Gadis itu nak terjun bunuh diri dari bangunan tinggi dan orang awam pula ketawa dan menggalakannya untuk meneruskan tindakannya, malah ada yang buat live streaming?? Teruk dan tidak berperikemanusiaan langsung!” tulis netizen yang berasa jijik dengan sikap masyarakatnya.

FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a