Header Ads

Netizen Kagum Dengan Anzalna Nasir Ziarahi Anak-Anak Syurga


Pelakon Anzalna, selebriti yang sering turun padang melawat dan menghulurkan bantuan kepada insan memerlukan.

Misalnya semalam, Anzalna Nasir ada memuat naik video di laman Instagram miliknya melawat kanak-kanak kanser di Hospital Kuala Lumpur.

“Alhamdulillah tahun ini dapat lagi bertemu dengan kanak-kanak syurga ini. 5 tahun berturut-turut melawat wad pediatrik di HKL.

“Ada yang sudah pergi menghadap Ilahi, dan ada yang dah pulang ke rumah masing-masing. Perasaan hiba tetap ada tapi hanya mampu berdoa dan buat mereka happy! ( hopefully diorang happy la) #KidsWithCancer,” kongsinya.

Tatkala melihat video tersebut, apa taknya…saat kita sedang bergembira memikirkan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba ini, ada insan yang sedang berperang untuk kelangsungan hidup mereka.

Menerusi ruangan komen, ramai netizen memberikan pujian kepada aktres berkenaan.Terdahulu, Anzalna ada melahirkan hasrat untuk menjual lukisan hasil tangannya kepada pembeli yang berminat.













Foto: Instagram Anzalna Nasir
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a