Header Ads

'Saya Akan Ke Sana Seorang Diri Untuk Melamar Kekasih Saya' - Randy Pangalila Dedah Statusnya Yang Sebenar..


Pelakon Randy Pangalila mengakui telah bersedia untuk mengakhir zaman bujanya pada hujung tahun ini. Pada 29 Jun depan Randy bakal terbang ke Kanada bagi tujuan melamar kekasihnya.

"Buat masa sekarang visa saya sudah diluluskan. Proses melamar sudah ada tetapi buat masa ini saya simpan sahajalah dulu semua maklumat itu pada umum. 

"Saya akan ke sana seorang diri untuk melamar kekasih yang merupakan rakyat di Kanada.

"Kalau semua perancangan berjalan dengan lancar, kami akan disatukan sebagai suami isteri pada hujung tahun ini.Keluarga juga sudah merestui hubungan kami, jadi mengapa kami harus tunggu lama-lama untuk disatukan," katanya.

Randy sebelum ini dilaporakan bercinta dengan pelakon Michella Putri sebelum mengambil keputusan berpisah setelah lima tahun menjalinkan hubungan cinta.




Sumber: Astro Gempak 
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a