Header Ads

'Saya Tidak Berdendam,Tiada Apa Perlu Diselesaikan Termasuk Gelaran Janda' - Bella Dally.


Baru-baru ini seperti langsung tidak menggambarkan situasi dirinya yang baru mengalami episod gelap dalam kehidupan.Bella Dally menyatakan yang beliau bukan sekadar berpura pura di laman sosial atau dihadapan orang ramai tentang keadaan dirinya tetapi memang benar beliau sudah sembuh dari isu penceraian.

“Saya bukan berpura-pura kuat atau menyembunyikan perasaan daripada penglihatan orang ramai. Namun secara jujurnya, saya berasa sudah sembuh, mungkin tidak sepenuhnya tetapi cukup untuk meneruskan kehidupan.

“Perceraian itu sudah berlaku dan ia adalah hakikat yang tidak boleh diubah. Lagipun saya kini sudah tidak bersuami, jadi perlu lebih kuat untuk mencorak kehidupan sendirian selepas ini,” katanya kepada kosmo.

“Saya bukan berpura-pura kuat atau menyembunyikan perasaan daripada penglihatan orang ramai. Namun secara jujurnya, saya berasa sudah sembuh, mungkin tidak sepenuhnya tetapi cukup untuk meneruskan kehidupan. Perceraian itu sudah berlaku dan ia adalah hakikat yang tidak boleh diubah”

Mungkin suatu masa dahulu, janda dilabel status yang digeruni atau mahu dijauhi. Namun, pada zaman moden yang menyaksikan wanita juga mempunyai kuasa berdiri di atas kaki sendiri, maka ia tinggal satu gelaran semata-mata.


“Saya masih muda dan perjalanan hidup ini masih jauh lagi. Perceraian saya berlaku dengan baik dan tiada apa yang perlu disesalkan termasuk gelaran janda yang disandang.Ada masanya kita perlu memikirkan dan menyayangi diri terlebih dahulu sebelum risaukan orang lain. Mereka di luar sana boleh bercerita apa sahaja, namun hanya saya dan bekas suami yang tahu apa sebenarnya yang terjadi,” terangnya satu demi satu.

Adakah dia boleh menyifatkan bahawa hubungan baiknya dengan bekas suami (Nazim) sebagai kawan, Bella terdiam dan merenung seketika sebelum kembali menyusun ayat terbaik untuk memberikan jawapan.

“Buat masa sekarang, dia sekadar bekas suami saya. Tidak lebih tidak kurang. Saya masih perlukan ruang dan saya percaya bahawa dia juga begitu kerana perceraian bukan satu perkara kecil.Namun, saya mengharapkan yang terbaik untuknya. Saya tidak berdendam, marah atau ralat dengan Nazim, cuma kami perlu masa untuk muhasabah diri dari sudut yang lebih besar berhubung apa yang terjadi,”ujarnya tenang.





Sumber : Kosmo Online.
-www.kakishare.tv
FACEBOOK triherbs

No comments

Powered by Blogger.
a