Header Ads

4 Remaja Telah Berjaya Dikeluarkan Dari Gua Tham Luang.


Susulan operasi menyelamatkan 13 mangsa yang terperangkap dalam Gua Tham Luang, Thailand telah bermula sekitar 10 pagi tadi waktu tempatan. Operasi ini melibatkan seramai 13 penyelam antarabangsa, lima penyelam Thailand dan lima penyelam SEAL.

Menurut Presiden Lifeguard Systems, Butch Hendrick menyifatkan tindakan menyelam di dalam gua adalah satu perkara berbahaya meskipun ini tindakan terbaik yang boleh dilakukan ketika ini. Ini adalah perkembangan terkini mengenai misi menyelamatkan 13 mangsa terperangkap itu.

"Kami menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas mereka sebelum mereka dipindahkan ke Hospital Chiang Rai."



Terkini, seramai 4 mangsa telah berjaya dikeluarkan dari gua tersebut. Dua mangsa pertama telah berjaya dikeluarkan pada jam 7 petang waktu tempatan (8 malam waktu Malaysia). Dua remaja itu dirawat terlebih dahulu di hospital lapangan berdekatan gua, sebelum dipindahkan ke Hospital Chiang Rai menggunakan helikopter tentera Thailand.

Seorang wartawan antarabangsa yang berpangkalan di Bangkok, Florian Witulski telah berkongsi beberapa maklumat mengenai operasi berkenaan. Menurutnya, seorang doktor warga Australia memutuskan untuk membawa remaja yang mempunyai kondisi paling lemah untuk keluar terlebih dahulu.




 

Sumber : Astro Awani.
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a