Header Ads

'Ada Yang Ingin Jadikan Isteri,Ramai Lelaki Muda Yang Menghantar Mesej Ajak Keluar' - Rita Rudaini


Ekoran kenyataanya mengenai perkahwinan dengan lelaki lebih muda, pelakon Rita Rudaini mendedahkan dia menerima banyak mesej peribadi yang mahu menjadikannya pasangan hidup.

Menurut Rita, mesej yang diterima itu adalah dikalangan lelaki muda yang mahu mengajaknya keluar dan melamarnya sebagai isteri.

“Saya sebenarnya terkejut juga apabila pandangan saya mengenai perkahwinan dengan lelaki jauh lebih muda menyebabkan ramai menghantar DM di Instagram. Ramai lelaki muda yang menghantar mesej ajak keluar. Malah ada yang memberitahu nak menjadikan saya sebagai isteri,” katanya kepada mStar Online.

Namun Rita memberitahu, dia tidak melayan mesej-mesej tersebut kerana tidak berminat untuk menjalin hubungan cinta buat masa ini dan lebih selesa dengan kehidupannya sekarang.

“Ada rakan-rakan nak kenalkan saya dengan lelaki pun saya tidak mahu. Hendak mencari pun saya sibuk dengan aktiviti harian. Nak kata sunyi tidak juga kerana saya selesa dengan kehidupan sekarang yang bebas masalah rumah tangga,” katanya.


Rita sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Aidil Zafuan pada 2008 sebelum berpisah pada 5 September 2013. Pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 9, dan Airit Qaqa Arjuna, 7.

Sumber : Mstar Online.
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a