Header Ads

'Allahu, Ni yang kita mahu' - Perubahan Ziana Zain Dua Buat Netizen Terus Doa Kekal Istiqomah


Dalam ramai yang mempersoalkan soal jantina sesetengah individu, terkejut bercampur gembira dengan penampilan terkini Nik Aidi Azhar atau lebih sinonim dengan panggilan Ziana Zain Nombor 2 yang sebelum ini mencuri perhatian ramai apabila sering tampil dalam persalinan perempuan apabila membuat kemunculan di majlis-majlis hiburan.

Menerusi Instagram, Aidi ada memuat naik beberapa posting yang memaparkan dirinya mengenakan jubah polos lengkap berserban. Malah, ada juga entri yang dimuat naik kini lebih menjurus kepada sesuatu yang positif.



“Asalamualaikum kematiaan itu benar peringatan pada diri saya tiada siapa yg boleh tolong diri sendiri amalan kebaikan yg terjawap.klo jahat kena la seksa. berdoa pada Allah taala yg satu terang kan lah kubur.kurang kan la sekaan azab kubur..terima lah amalan kebaikan kami.

“Jauhi dari api neraka.hidup atas dunia bukan nya lama.Akhirat selama2nya.menanti ke syurga atau neraka,” tulisnya menerusi salah satu foto.

Menerusi ruangan komen, rata-ratanya memberi semangat dan mendoakan yang terbaik buat pecinta seni tanah air ini termasuk selebriti seperti Amelina.




Foto: Instagram Nik Aidi.
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a