Header Ads

Bawa Budak Tahfiz Tapi Acara Majlis Tak Senonoh,Safiey Ilias Mohon Maaf.


Baru-baru ini nama usahawan kosmetik, Safiey Illias sekali lagi menjadi bualan ramai apabila menampilkan acara tidak senonoh di majlis rumah terbukanya yang dihadiri oleh pelajar tahfiz dan anak yatim.

Acara rumah terbuka itu juga turut mendapat kecaman hebat daripada netizen dan juga pendakwah bebas PU Amin yang menyifatkan majlis tersebut dipenuhi dengan aktiviti maksiat sedangkan acara itu dihadiri oleh ramai kanak-kanak.

Safiey membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi Instagramnya kepada semua pihak terutama mereka yang beragama Islam dan seluruh rakyat Malaysia.



Video kontroversi yang tular di media sosial itu menampilkan seorang penyanyi ‘wanita’ yang berkelakuan tidak sopan kepada seorang tetamu lelaki. Bagaimanapun, tidak dipastikan sama ada penyanyi tersebut merupakan seorang wanita atau transgender.

 

Sumber : Beautifulnara.
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a