Header Ads

'Beli Mahal Tapi Isi Dalam Hampehhh..' - Ini 10 Tips Memilih Durian Agar Tak Kena Tipu


Seperti yang anda sedia maklum, sekarang ini adalah musim durian di mana lambakan durian dijual dengan harga yang begitu rendah. Jadi, untuk peminat durian di luar sana, memang boleh jadi gila tengok durian!

Namun, ramai juga yang selalu ditipu ketika membeli durian. Bila makan di tempat itu, rasanya lebih sedap, isinya kekuningan dan memang hampir sempurna lah. Bila dah bawa balik, sangat mengecewakan. Beli durian sehingga mencecah RM50 satu biji, tapi hasilnya dapat isi yang tawar, ulas yang sangat sikit, masam dan sebagainya.

Oleh itu, lelaki ini kongsi tips sebelum membeli durian untuk anda semua di luar sana yang memang kaki gila durian supaya tidak rugi lagi selepas ini.

Baca perkongsian penuh di bawah:


Oleh itu, ini 10 tips memilih durian yang memang terjamin anda akan berpuas hati:

1. Bentuk bulat
Durian berbentuk bulat mempunyai isi yang banyak berbanding bentuk lonjong.


2. Berat durian
Makin ringan, makin banyak isi durian. Kalau ada dua durian yang sama saiz, ambil yang paling ringan.


3. Tangkai
Tangkai pendek dan tebal menandakan isi yang tebal dan banyak. Perhatikan juga tangkai kering atau terpotong. Tak ada tangkai, tak payah beli. Saya selalu tekan dengan kuku untuk cek tangkai lama ke baru.


4. Bunyi
Ketuk durian dan pilih yang berbunyi padat semasa diketuk.


5. Duri
Pilih durian yang berduri pendek dan jarang untuk isi yang padat.


6. Bau
Hidu durian dan cari yang berbau manis.


7. Juring
Durian berjuring lima paling ideal untuk dapatkan isi yang banyak dan besar. Makin banyak juring, makin kecil isi.


8. Kulit
Pilih durian yang belum dikopek atau tidak merekah kulitnya. Perhatikan keadaan kulit. Kalau ada tompok hitam itu tanda isi dalamnya buruk.


9. Warna
Dah siap pilih tu, korang minta penjual tu belah untuk rasa dan tengok isi. Kalau tak ok, minta tukar. Kulit berwarna kuning tak bermakna isinya kuning juga. Jangan tertipu.


10. Musim
Beli durian ketika musim panas/kering. Jangan semasa hujan/lembap. Takut terbeli durian yang 'dipulas ribut'.


Harap korang boleh guna tips ni untuk pilih durian nanti. Dah masuk musim dah ni.Ye la. Beli durian ni, yang penting puas hati. Mahal sikit pun takde hal. Asal kena dengan harga.

FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a