Header Ads

Ini Dia Wajah 'The Real Hero' Yang Menyelamatkan 13 Mangsa Terperangkap Dalam Gua Tham Luang.


Dua penyelam warga Britain ini tampil menawarkan khidmat kepakaran mereka sembilan hari selepas insiden pasukan bola sepak tersebut dilaporkan hilang. Richard William Stanton merupakan anggota bomba dan John Volanthen sebagai jurutera internet merupakan penyelam dari pasukan Majlis Penyelamat Gua British (BRC).

Tidak terkecuali pasukan penyelam dari Amerika Syarikat, Belanda, Australia, pakar-pakar teknikal dari Jepun, China, Laos dan Kemboja turut hadir membantu operasi menyelamat yang sudah berlanjutan selama seminggu.

Donald Trump, Presiden Amerika Syarikat menerusi laman Twitter menyatakan kesediaan negara itu membantu Thailand menyelamatkan mangsa pasukan bola sepak ‘Wild Boar’ yang terperangkap dalam gua selama lebih dua minggu. Petugas Thailand turut menerima bantuan dari United States Pacific Command (Uspacom) dan polis Australia.

"Amat penting bagi kami untuk memastikan remaja-remaja ini mempunyai kekuatan mental untuk mengharungi perjalanan pulang yang bahaya dan mengambil masa yang amat sempit. Kami berada di dalam memberikan mereka semangat untuk terus berjuang."

"Perjalanan membawa mereka keluar amat mencabar kerana gua ini begitu sempit dan gelap. Untuk penyelam sendiri, perjalanan masuk dan keluar amat sukar kerana ia sempit dan kami tidak dapat melihat dengan baik."




Sementara itu, warga Belgium, Ben Raymemants memberitahu media antarabangsa ABC News bahawa seorang pegawai perubatan berada bersama mangsa yang masih terperangkap itu selepas lapan mereka berjaya dibawa keluar. Pegawai itu akan berada di dalam gua bagi memastikan keadaan kesihatan remaja dan jurulatih mereka berada di tahap yang baik untuk dibawa keluar dari gua.

Pegawai perubatan itu adalah Dr Richard Harris dari Adelaide, Australia yang turut mempunyai keupayaan untuk melakukan penyelaman dalam gua. Dia telah membuat pemeriksaan terhadap semua remaja dan jurulatih mereka dan memberi kebenaran untuk proses menyelamat mangsa dijalankan dengan membawa keluar anggota yang paling lemah terlebih dahulu.

Menerusi laman Facebook SEAL Thailand, kesemua 12 remaja pasukan bola sepak dan jurulatih mereka telah berjaya diselamatkan. Penyelam unit SEAL dan penyelamat antarabangsa membawa keluar empat remaja terakhir termasuk jurulatih, petang tadi dan terpaksa melalui laluan berbahaya. Rintangan tersebut memaksa mereka mengecilkan tubuh untuk melepasi laluan sempit dan dipenuhi air.




Pihak berkuasa pernah buntu seketika mencari jalan untuk menyelamatkan mangsa hingga terpaksa membuat pilihan menggerudi lubang di kawasan gunung atau terpaksa menunggu musim monsun berakhir supaya mereka boleh berjalan keluar. Keadaan itu menyebabkan ketua penyelamat mengatakan usaha ini adalah ‘misi mustahil’.

Dengan pertolongan penyelamat dalam dan luar negara termasuk sukarelawan, misi ini telah berjaya dan mendapat perhatian dunia.

Sumber: Astro Awani, Metro.
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a