Header Ads

“InsyaAllah Perancangannya Bulan November Depan" - Fazley Yaakob Naik Pelamin Kali Kedua.


Sebelum ini, penyanyi dan chef selebriti Fazley Yaakob pernah menyatakan hasratnya untuk bersanding kali kedua dengan isterinya Azrene Soraya dan akan mengotakan janji tersebut pada November depan.

Menurut Fazley, majlis tersebut akan diadakan secara sederhana dengan menjemput rakan-rakanya yang tidak dapat hadir ke majlis perkahwinannya 12 tahun lalu.

“InsyaAllah perancangannya bulan November depan kerana kami bernikah pada 7 November, mungkin dalam minggu itu. Persiapan sudah dirancang atas kertas cuma belum secara fizikal.

“Tapi ia bergantung juga kepada jadual saya dan isteri serta selesaikan urusan anak-anak dulu,” ujarnya kepada mStar Online.

Kata Fazley lagi, majlis tersebut adalah bagi meraikan ahli keluarga, rakan-rakan dan rakan media yang tidak dapat hadir pada majlis sebelum ini selain mengotakan janji yang pernah dibuat kepada arwah bapanya.




“Dulu saya jemput 100 orang media ke majlis itu tapi lapan orang sahaja yang datang, malah ada yang datang itu diberhentikan kerja.

“Ada rakan media yang hubungi saya minta maaf tak dapat datang dan ketika itu mereka minta saya buat lagi majlis jika ada rezeki untuk mereka datang. Selain itu juga pesanan arwah ayah saya sebelum dia meninggal,” katanya.

Fazley dan Azrene mendirikan rumah tangga pada 2017 dan perkahwinan itu penuh kontroversi apabila ibu Azrene iaitu Datin Rosmah Mansor tidak merestui perkahwinan tersebut.

FACEBOOK KIM SKIN




https://www.youtube.com/watch?v=ML559aF4eKw&t=1s

No comments

Powered by Blogger.
a